Friday, April 23, 2010

Cakap Utara Sikit No ..

Psst, mai sat. Chuba tenguk kat belah kiri tu, chek punya nike+ runs .. nampak dak? lapan belaih poin lima satu kilometer .. tak lah jeuh mana tapi pasai chek lari ataih mesin tu nak lah jugak gempak sikit hahah .. tapi ni cherita dua hari  lepaih lah ..

Tak taulah macam mana buat lagu tu .. lari sungguh sungguh - kot lari kat luaq sama ka dapat laju macam ni ? entah  apa super power dah mai, buleh dok lari tak stop stop .. chek seronok ingat dapat lah lari lebih dari 21km, tapi tup-tup nana chek hantaq sms kata dia nak balik lagi 1/2 jam, suruh siap nak keluaq makan .. potong steam sungguh, hari-hari dia balik lambat, hari ni lah pulak dia balik cepat. Kalau tak jeuh lagi kot pi no??


Tapi nak habaq lah bukan senang lari lama2 ataih mesin tu. Dua jam setengah dok pulun lari. Lagu takdaq, tak bawak ipod, ada tv tapi depa letak kat ataih dekat bumbung nun, bila langut nak tenguk rasa penin pun ada ..lepaih tu rasa macam dok pi belakang nak jatuh .. give up tutup tv .. dok tenguk lampu kat mesin tu ajalah .. time lah, km lah, kalori lah .. sampai kadang2 mata berpinaq2 dok jege kat situ aje .. abih2 tenguk bawah pulak haha ..


Hampa tau tak punyalah susah nak minum bila lari ataih mesin tu? nak slow down takut jatuh .. botoi gatorade tu kan mulut dia besaq? laa .. dok minum tu ayaq berkocak2, nasib tak tersedaq masuk hidung, bharulah nak haru ;p)


Apa pun saja nak share cherita, chek sebenaqnya tak suka sungguh kat mesin ni tapi pasai dah susah nak lari kat JB ni , lagi pun tak besa lagi dengan tempat depa kenalah jugak pakai mesin ni. Pasai dah gatai pi klik kenalah dok pulun training pulaq. Nampak gaya sampai hujung bulan kot chek kat sini, nana tu lah, manja sungguh .. nak balik dia dok kata tunggu lah dulu. Tapi dah habaq dah, masuk rumah dah kemaih2 chek nak balik, rindu kat budak2 lepaih tu nak kena lari kat luaq nun. Kat mesin aja mana buleh jadi. 


Tadi pi jugak, tapi makan tengahari dengan Sasha & Sam banyak sangat, perut berat, dapat lah jugak 10km. Esuk2 pi lagi ..kot2 chek dapat lari lebih dari 21km chek habaq no, tapi rasa2 susah kot nak buat lagi sekali ha ha


Hampa semua dok baik2 tau, toksah dok nakai-nakai .. seronok2 lah hujung minggu ni :)




heheeh , hope you guys can understand this :) have a good weekend guys !!

9 comments:

Yimster said...

Amboi amboi amboi. Bukan main lagi no. 18kk kat mesin tuh dah kira tahap dasyat lah. Chek ni tak pandai bahasa utara ni tapi paham lah hehe. Pape pon teruskan training tu no, tak kisah lah kat TM ke tau kat jalan ek. Bab klik tu usah dikenang chek, sama sama kita harungi sesama ek melalui FMV tu. Kelas no lol

SuN said...

tu diaa baru btoi orang kita..kak june try cari tengok mana2 ada mapley kat jb tu, pi bantai nasi kandaq buang sepinggan dua sampai licin..bukan setakat 18k,jangan-jangan sampai singapore nu buleh pi :)) good luck no..

Julin Julai said...

hakhakhak..kami syok sungguh la baca kak June tulih bahsa lidah kami nih.Bukan apa, bukan ramai nak tulih bahsa utara piau nih..
apapun, kami tabik sungguh kat Kak June dok pulun lari ataih mesin. Kami pun tak lalu la nak buat lagu tu. Tambah takdak muzik ka apa. Jenuh dok menapak.Dak, sungguh aih.
Kat fesbuk kami dah tabik, kat sini pun kami nak tabik lagi.
Tabikk mem.

serena said...

i like reading this one...something different and it shows the fun side of you. two thumbs up! u have a good weekend too ya!

KOOKY KASH said...

memang saya tak faham pun…sedap betul loghat utara.

June, kalau nak imitate running outdoors on the TM, raise the incline slightly, so it will give u a bit of (wind) resistance similar to outdoors. keep it up.

~Sasha Farina~ said...

saya paham tau K.June!! dulu roomate kat Matric org Penang :)

bila nak pi makan dengan kami lagi? calling lah ya!

June Malik said...

haha i had fun writing this, i only speak utara when jumpa orang utara, but must do this more often like julin kata bukan senang nak tulis piau piau ni hahah ..

thanks you guys :)

Justiffa said...

Hehehe tu dia aih.. dia pulun sampai 2 jam lebih ataih benda tu ish ish gempaq sungguh la anak mami nie ;p

Hey you back running the roads of klang yet juney?

June Malik said...

Haha tiff, tak tau lah lagu mana buleh dok lari tu, ingat tak jadi kot nak buat lagi kalau .. orang klang dapat tenguk chek satu hari ja, ni balik dari jb sekali lagi baru buleh pulun kat jalan :)