Wednesday, June 30, 2010

MY 1ST FULL MARATHON RACE REPORT : ANAK MAMI STYLE

Please be warned this will be a looonng one because if I break it into chapters it will lose the supposedly "uumph" lol ... if your boss suka menjenguk you buat kerja best read this at home. Feel free to just claim your no # 1,2,3 etc spot and read later .. ehheeh

Cant thank you guys enough for giving me this grand escort to the finishing. Betcha the other bevvies of ladies  sure jealous, all the hunks and one makcik. LOL.


Time  : 20 years from now
Place :  Cottage by the lake/sea, sitting on a rocking chair, surrounded by err, few grandkids
Occasion : Story time and chilling/bonding with Nani (that's my title when I am a gramma, ok u can stop laughing now)

One of my cucus started the whole long story thingie just by asking .. "Nani, macam mana Nani dah tua-tua ni pun (tua? tua??? 67 tua ke??)  dok kuat (minta2lah) lagi, cantik jugak lah lagi?? (ehem ..) 

Oohh, hampa nak tau?? Ok, ok, mai Nani cerita sikit ! Dulu-dulu masa Nani muda2, Nani suka exercise. Hampa tau, baguih. Badan sihat, kuat, awet muda pun buleh. Nani tenguk hampa pun aktif baguih tu. Nani  suka lari. Lari sana-sini, sorang2 ka, ramai-ramai ka .. janji lari. Pagi, petang, tengahari buta panaih dik dik pun lari jugak. Lani pun dok lari jugak, tapi khoranglah .. daq lari pun ..jalan ja .. tapi jalan2 pun 6-7km jugak!! (insyaallah) ..Dapat ramai kawan, muda2 pulak tu hampa tau, masa tu Nani dah  47, depa ada yang dok hinguis lagi! depa semua kuat lari, Nani saja mein-mein nak jaga bodi only. Hampa mesti tau kan pasai marathon? Yang mak ngah hampa dok pi tu lah (hopefully, mana tau ..) Mak hang malaih  sampai la ni tak mau lari.  Haaa.. dulu Nani dok lari exercise tu pasai nak masuk marathonlah! Mola2, lari sikit2 .. 10km, lepaih tu dah seronok mola lah nak pi lebih. Nani pi lari sampai penang, singapore, entah mana2  nun (insyallah) Pasai dok lari tu lah yang Nani dok kuat lagi ni.

"Oooh, seronok ka Nani? Nani ingat lagi?? Mana paling best???"

Haaaa .. yang paling best Nani tak buleh lupa sampai bila2, my first time buat yang jeuh lah. 42.195km hampa tau. Kalau dari rumah Nani dulu tu buleh sampai Kola Lumpuq !  Gila sakan Tok Z hang kata. Dia tu tak larat nak buat dia kata lah kami ni gila sakan!

Ingat lagi, Nani ingat  macam baru dua tiga hari lalu buat (;p) Nani training tak cukup time tu pasai lutut sakit. Bengkak.  Dokto kata jangan lari, kalau pi pun nanti bila start sakit lari pun tak buleh habeh. Tapi, macam mak hampa tu .. Nani ketegak. Nak pi jugak. Jadi dengan tak cukup training, dengan lutut dok sakit tu pi lah ..

Nani pi dengan kawan Nani, Aunty Azza, dia time tu pun buat first time yang jeuh macam Nani. Kami tumpang keta Aunty Haza ... haaa dia ni terror .. lari tak tau sudah! Malam tu dengan badan letih (pi hantaq mak ngah hang masuk university) tidok sat, tau2 dah kena bangkit siap. Pagi2 buta kami dah sampai tempat lari tu. Nani gabra sampai benda jatuh dalam ayaq, kena lompat pi ambik .. tak tau nak pasang tali .. macam2 hai .. nerbes. Jantung Nani dubdabdubdab .. rasa orang dekat tu dengaq kot. Kami kumpui ramai2, dok sembang2 tunggu time start. Ada dapat kawan baru, jumpa kawan lama. Memang best.

Bagi pendik cerita, kami pun jalan lah pi masuk tempat nak start tu. Uncle Syed (dia ni comei hampa tau) mai kat Nani, nak bisik something, apa dia? Pelan2 dia kata YIKES haaha, tu joke kami dulu2, hampa tak payah taulah.  Belum mola dah hujan. Start dalam hujan. Mola2 tu ok Nani lari sama2 dengan Aunty Haza & Azza .. depa start laju sikit Nani pun nak ikut .. alamak lutut rasa urat neik. Hmm baik slow down. Ikut pelan2 kat belakang. Lepaih tu pelan2 depa dua orang makin jeuh nun. Lutut bodoh ni mola nyut-nyut. Alamak baru 3km, ada 39 lagi nak pi? Tak pikiaq buat jugak. Nani slow jog takat yang tak rasa sakit .. jumpa Aunty Haza, dia berhenti semayang.  Tak sampai berapa minit dia hilang balik. Buat lah sorang2, sunyi betoi. Tenguk belakang tak ramai belakang  Nani .. ada harapan last macam ni!

Buleh lari, lari. Tak buleh jog. Tak buleh jog, jalan cepat2. Lama jugak jalan sorang.  Keluaq2 simpang entah kat mana nampak ramai betui orang kat depan .. issh takkan depa semua slow down? Ropa2nya orang lari 21km dah dok tibai kami. Depa lari laju .. Nani jalan2 jumpa orang nie, nama dia Tuan tapi Nani nampak Tuna ..uish nama ikan! , dia pun dok sakit kaki .. kami dua orang sembang2, jalan2 .. kami kata janji kena bagi habih!  Time ni tak sunyi, ramai kata helo lah, tepuk belakanglah, bagi flying kiss la .. ada yang memang Nani kenai, ada yang baru kenai, ada yang rasa-rasa kenai, ada yang tak kenai langsung. Tapi time macam ni semua kawanlah. Nani dapat tau lepaih dua tiga hari, kawan Nani ni buat jalan 42km untuk aruah bapak dia. Tergenang ayaq mata baca cerita dia.

Dia pi toilet Nani continue, takut tunggu lutut Nani buat pasai tak mau start balik jalan baru nak haru. Tapi lepaih tu tak nampak dia dah. Jumpa lagi satu budak. Muda lagi. Ropanya kawan Aunty Fara hampa, Terk. ..kami jalan dua orang lama jugak .. buleh lari kami lari .. tak buleh kami jalan. Nani lutut dah makin sakit, dia kaki dok tertarik.  Macam-macam hai. Kat 27 ka 28km macam tu dia tak buleh jalan laju , Nani jalan soranglah balik. Stoking dah basah kuyup kalau perah dua2 belah buleh dapat dua cawan ayaq kot. Dok ingat nak berhenti tapi takut nanti dah duduk kat tepi jalan tu tak buleh bangkit. Nani pulak pakai stoking baru, tiap2 jari ada sarung .. dok pikiaq, nanti nak masuk dlm sarung tu balik pun mau lebih 5 minit. Toksah pikiaq, jalan basah2.

Kat mana ada ayaq, ambik minum. Ada spunch ambik mandi. Ada ais ambik bubuh dlm sarung kat lutut tu nak bagi lega sikit bengkak. Nyut2 dah makin teruk. Jalan pun kadang2 dah tempang2. Sampai kat 30km tu punyalah sakit lutut .. rasa nak menangih ...macam dok kena cucuk jarum ada, macam kena hirih dengan pisau ada. Ada jugak rasa nak tunggu ambulan aje balik. Sakit sangat. Tapi ingat kawan2 dok tunggu kat depan dengan ayaq, kawan2 kat hujung jalan.  Pi jugak. 33km. 34km. Sakit. Sikit lagi. 35km. Tup tup nampak kawan Nani kat simpang. Nama dia Julie.  Lega. Dia mai cari, nak bawak pi tempat yang depa tunggu kawan2 yang lein .. tapi semua dah lepaih, Nani aja yang tinggai.

36km. Sampai kat situ, Nani dah jerit, lutut sakit. Depa kalut tulong Nani, bagi ayaq, Nani sibuk masuk ais dlm kaki lagi .. Kat sini Uncle Rais dengan bini dia Aunty Kash tunggu .. kawan lein pun ada, Aunty Karen yang suka lari tapi takut gelap siap pegang payung hampa tau. Ada uncle CK, aunty Agnes ka apa nama dia. Tak berani singgah lama takut tak larat nak jalan. Sikit aja lagi. Aunty kash pegang muka Nani, dia cium (minta2 taklah beu busuk sangat) dia kat pi. Sikit lagi. Nanti depa jumpa kat penghujung.

I tell myself. Jalan. Bagi habih. Tup2 aunty Julie dengan uncle CK kata depa jalan dengan Nani sampai habeh. Sat-sat Nani nanti jerit aaahh kaki sakit .. kalau orang tak sabaq, Nani dah kena pelempang kot, macam budak kecik dok kata sakit, sakittt .. Tapi nasib beik depa ada. Kat setengah tempat tu marker dia tak nampak, kalau Nani sorang mesti dah sesat. Satu lagi , satu lagi. Ada bukit pulak kat last. Panjat jugaklah. Kalau tak lalu kot situ, takdaq jalan lein. Apsailah bubuh bukit tang last? Jalan cepat2 nak bagi bukit habeh. Alhamdulillah.

Pusing simpang nampak lah tempat habeh belah kanan. Tak buleh kot situ aunty Julie kata. Kena pusing kot depan sana. Laaa .. dah nampak dekat sangat!!  Jalan lagi .. dah masuk bandaq, uish lalu depan kedai makan punyalah sedap beu .. rasa nak berhenti duduk singgah makan, tak payah bagi habeh lah benda marathon ni. Tapi Nani tau kawan2 dah ramai risau. Telepon dlm pinggang dok masuk message, teet teet, teet teet .. ada orang call. Semua Nani tak tenguk tak berani takut kot2 henti nak baca sms kaki mogok tak mau pi depan lagi! Sorrylah kat depa2 tu bagi risau tak tentu arah. Dok pikiaq, mesti Aunty Azza & Haza tunggu lama tak sampai2.

Jalan cepat2. Dah tak tahan sakit. Nak bagi perabih. Dari jeuh nampak tiang finish tu. Lepaih tu, eh banyak tangan dok lambai. Laaa .. sebak sat. Kawan2 Nani, (uish depa semua hensem2 tau ..) ropa2nya tak balik. Depa tunggu. Uish. Cepat jalan. Nanti sebak jadi nangih buruk betoi. Depa mai ramai2 .. jom2 .. lari, lari. Laa hampa tak tau ka?? lutut dok sakit ni .. ada sorang tu kata .. "pain is in the mind .. pain is temporary" nasib beik lah dia tu terror lari .. kalau orang biasa2 yang tak lari kata lagu tu kat Nani time tu memang dah kena tampaq! Try sikit. Kesian depa tunggu. Tenguk depan. Uish pintu gerbang dah dekat sangat. Pasai depa tunggu .. Nani lari (taklah jeuh) sampai cross pintu gerbang. Punyalah riuh, seronok dengan tepuk tangan, dengan jerit .. Nani rasa macam dapat nomboq satu. (padahal dah dekat2 corot). Beik sungguh depa nie.  Tenguk ataih, tu dia 7jam2minit. Padanlah ramai risau.

Hilang sakit semua sat, lupa semua. Buleh dok gelak, dok cakap thank you.  Unlce Kumar kawan Nani dari tanjung pun tunggu lagi. Laaa, dia lagilah lama pasai dia lari 21k aja.  Yang lein2 pun mai, mesti depa lega tenguk Nani sampai, ok aje pulak tu .. main peluk cium (dengan yang pompuan ajalah) .. lupa lagi skali,  Nani mesti dah beu best punya. Takpalah, depa pun ada yang belum mandi lagi ha ha.

Pi bising2 ambik medal dengan tshirt. Pi ambik bag. Lepaih tu yang tunggu semua balik satu2. Pasai ada hal sikit nak kena tunggu Nani suruh Aunty Haza balik dulu. Kesian dia balik sorang. Mai betiga. pelan2 bukak kasut, tu dia kaki kecut, sampai jadi putih pasai stoking basah. Nasib bawak slipar. Time ni sakit dah mai balik. Tadi seronok2 semua lupa. Dpt kosi duduk. Tak lama Aunty Kash sampai dengan kawan dia. Laaa rupanya yang Nani ingat nama dia Tuna tu. Baguih, dia jalan sampai habeh jugak.  Alhamdulillah walau lambat Nani habeh jugak ke hujung. Nasiblah buleh lari kat hujung tu, aksyen aje sakit tuhan aje yang tau. Paling syukur, tak merangkak balik!

Sembang2 sikit kami pun baliklah.  Time ni Nani dah tak buleh pijak kaki kiri. Lutut dah nyut2 sampai tulang. Jalan tempang2 jugak. Mola ingat nak balik dengan ketapi, suruh Mak hampa ambik kat stesyen .. laa, nak pi naik platform tu nak kena panjat tangga dia nuun .. tinggi. Tak payah. Kami balik neik teksi. Aunty Azza ikut Nani balik sekali.

Balik, rehat, mandi, makan. Seronok memang seronok pasai habeh. Bukan senang, bukan ramai orang yang buat 42km ni. Tapi Nani tak puaih hati. Nani tak letih sangat. Padahal 7 jam ataih jalan, dalam panaih diq diq. Kulit gelap toksah cerita. Berkilat. Kaki sampai ada 3 kaler. Tapi Nani tak letih. Tapi pasai lutut buat pasai Nani tak buleh nak pi lekaih sikit. Kalau tak sakit taklah lama semua orang tunggu. Apa pun, alhamdulillah semua selamat. Haa, tu dia punya panjang cerita Nani no. Nasib hampa tak lena, tapi tersengguk-sengguklah jugak !! Tapi Nani tak leh lupalah, depa buat macam selebriti tu. Lutut 3 hari bengkak tak hilang, jalan terkengkang-kengkang .. sakit tapi memang best. Tshirt tiga hari pakai berturut-turut. Toksah tanya basuh ke tak. Ada orang (yang balik dengan Nani petang tu) tidoq dengan tshirt dia malam esuk tu, hampa jangan tak tau ;p)

Move cursor to 3:45. Sudah start limping hehehe
******************************************************************************************************************

Told ya it will be looooooooong.

While I was happy that I finished with no serious damage, I am disappointed. I was not that tired upon reaching the finishing line and had loads energy left. And I didnt face any wall on this walk despite having to go slow. Its the damn knees. I might have finished with Azza and Haza. But then again lots of things could have happened. I didnt get my runner's high. Alhamdulillah I got away with chaffing and blisters. Only my stupid knee swell and and toes. Losing a toenail is cool, I was told. Ha ha.

Going to heal these knees and give this distance another try. Yes , ladies and gentleman, I am doing a full marathon again. Hopefully my knees would behave better and I could finish within the allocated time given and experience the esctasy of a runner's high.

Thank you all for helping me through this. The FMVs, Yim, Syed and Azza especially, congratulations. You guys done a great job. We no longer virgins ! Congratulations to the rest of the gang. Everyone did well this time round. This will be the unforgetabble one. How we all unite and became one. For our passion. Running. Blogging. FB-ing and last but not least, getting that No #1 spot. LOL.

Pictures can be viewed here. Thanks to CK Au, Nik and others that snapped away. 

Psst : woit, bangun .. tertidur eh????




28 comments:

Che said...

#1 wohoo.. back to reading the report

crushhio said...

dayummm!! no.2 isnt bad lah! :)

Azhana said...

Azza dpt 3rd spot ke ni?..pingat gangsa?

crushhio said...

move aside diket, the best SCKLM race report goes to *drumroll* MAMIJUNE!

nicely reported kakjune! u are one feisty fighter!we FMVs and RBUs are superproud of you!

go nurse them knees, take meds and train for PBIM and SCMC soon!

Thank you for everything u have done to FMVs!

Julin Julai said...

haha..terselit jugak myself lari macam itik in the video..kuikui

ziff71 said...

hahaha..unique and refreshing. Congrats June! Lets do the distance again :)

Tuan Senang Besar said...

Trima kaseh lah sebab mention nama cheq :)
Artikel ni kena tunjuk kat Prof Madya Razak Mohaideen. Buleh buat filem Anak Mami Marathon Sakan.

:)

Azhana said...

Baru abis baca, td claim my bronze medal dulu..yesza..U make marathon feels so much fun, w/pun badan tgh suffer kesakitan. Sakit perut gelak, sakit badan lain x ilang lg..huarggh

Uik..tidoq ngan t-shirt baru mmg wajib nooo, nnt baru msk dlm mimpi:D Takla mcm ada org tu,dok mimpi apa tgh tido kepenatan buleh gelak2 siap jerit 'Jalan' lagi!!! Euphoria lagi kot?? Kan Haza..kan?

rara said...

congrats again kak june! another supermom in the making. i'm sure more 42kms coming in the future! :)

IJAM said...

read first comment later (alasan tak dpt no. 1).

Teringat kawan i anak mami jugak, cakap sebijik mcm ni, kelakar lah!!

ha, ha...gelak lagi...
Nice report!! Congratulations on your first Marathon...

Zaki said...

#10 pon jadik lah... huhu
Felt like in Penang pulak reading your report. This will be something to remember long into our old age, kan? Congrats again!

June Malik said...

Wow, u guys actually read the whole thing or skim thru aje? hehee .

Congrats to the top 3, woot woot. Ijam kena berhati2, ramai dok aiming top spots lol.

syed, thanks
julin, betul pun i thot that was u
ziff, yes lets do this again
TSB : adoi sakit perut gelak, so funny!
Rara : urs coming soon and yes more soon from kak june jugak!
Ijam : cakap penang memang best .. gonna make sure my cucus get the slang !
eh, Azza dah ada google acct, bila nak blog?
thanks all <3

Che said...

i read the whole thing alrite, despite not waiting for you to come back (hal keluarga) :P

u did great for a first timer. something to remember for sure. do more LSDs next time, should help with your knee. Kurang training long distance kot..

ape pun congrats! report yg umphh! yim tak boleh cari makan camni :P

rest well, dengaq ckp doktor, jgn dok lari kalu kaki tak baik betoi2 na?

Yimster said...

Lai lai kak June, next please! Very proud of you and we stuck on our promise to finish it, despite being in the same Kelab Sakit Lutot! Lol

samuel_emmanuel said...

CONGRATS!!! it brought laffter n tears to me reading this...speechless and nothing else to say but RESPECT...how i wish i was there to witness it...SYABAS KAK JUNE...

I am Sam...

Haza said...

Ni anak Arlina la ni? hahahaha!

June Malik said...

Che : toksah risau cheq mesti rest pasai nak balaih dendam .. kalau next time pun macam nie jenuh orang tak mau tunggu dah hahah

Yim : hehe waiting for urs, i might lose spot cos nak go GYM now ..

Sam : Haa now baru tau you I am Sam! itulah wish u and Sasha and kids were around too !! thanks bro.

I had loads of ppl behind me, how not to cross the line?? :)

~Sasha Farina~ said...

you're my superheroin kak june!

Diket said...

Habih muncung semua keluaq I baca this entry. Should top it up with nasik kandaq Imigresen :)
You did it sister. It was a glorious day. Now you're addicted. Yes, get those knees fixed and we can kautim on the trainings later. Congratulations!

tsar said...

sib baik baca lepas ofis. kalau tak, mmg bos sekeh kepala. :D

tak de pun cerita singgah Sogo & kedai2 kat Jln TAR shopping? musykil ni. :D

tahniah noo kak June!
i doakan your cerita ni (the settings) akan termakbul. aminnnn

..::EnAikAY::.. said...

I vote this as the most sempoi race report of all.

Kalau shakhir siap muncung2 mulut, saya ni haa.... tergeliat lidah nak sebut perkataan "ketegaq"

Inspirational, funny, and i wonder will the finisher t-shirt last until you are 67 years old?

oops did I just say that? said...

congrats AJ!! tabik spring lahhhh can walk/run so farr....

June Malik said...

Haza, supposedly semua anak dah ada anak but ended up arlina's je LOL,

Zaki, asal usul kena dipertahankan haha, this will be remembered ke anak cucu, yesza!

Diket/Nik , tersedak minum air baca both your comments cos dok imagine mulut muncong and lidah tergeliat ahahah .. i like the sempoi vote! and Nik, i think nak frame lah this tee LOL LOL so tahan till I am over 67, hhihihi .. tapi pakai puas2 dulu - diket kata must use 42 days!

Tsar, muga2 doa u termasuk in my book sama :)

Mimi : when are u going to JOG?

Sasha : love u back sayang !

Justiffa said...

Nani.. you rawk la nani ;p

Hope semua bengkak2 n sakit2 dah beransor kurang *hugz*

serena said...

hey june congrats again! Am proud of you. 20 years from now?...I feel like I am reading a 'hari ini dalam sejarah' race report. Anyway, you made history and let this be an inspiration to all. I salute you.

June Malik said...

Tiff : monday horrible, tuesday not too bad and wednesday back to norm heheeh ..

Serena, thanks my friend and I am now rooting for your FMV moment!

HannahLah said...

Ibu jgn lupa crita kat cucu angkat juga ha. Time tu mak dia pun insya-Allah dh buat full marathon. Dok terhegeh2 larik skrang nih.

June Malik said...

Hannah, of course and yess, here's to your full marathon, insyaallah !